Kelmarin saya mengunjungi seorang kawan sekolah rendah saya kerana menghantar buku-buku yang dia pesan untuk bacaan anak remaja dia. Katanya, untuk menambah baik kemahiran BM anaknya. Sebenarnya, tak ramai kawan saya beli buku terbitan JS dan Adiwarna untuk anak-anak mereka. Jadi saya agak terharu jugalah apabila ada kawan yang beli. Tambahan pula yang beli kelmarin tu berbangsa Cina. Sudah lama saya tak berjumpa dengan kawan saya ni. Sebab selepas sekolah rendah, dia memasuki sekolah sains manakala saya pula terus bersekolah di kampung. Maklumlah dia dapat 4A dalam Ujian Penilaian Darjah Lima dan saya hanya dapat 3A saja. Mujurlah ada FB dan grup whatsApp, maka ikatan persabahatan itu bersambung semula. Ni kali kedua, dalam masa 40 tahun kami bertemu. Kali pertama, empat tahun lepas ketika kami buat ‘mini reunion’ kelas kami dulu. Tapi walau lama tak jumpa, tetaplah kami boleh sembang mesra. Tak kekok. Macam-macamlah kami sembang, tapi ada satu yang saya tertarik dan...